Assalammualaikum korang !
Salah satu sebab aku start blog , sebab kadang2 bila aku update , kawan kawan aku rajin DM, nurul... rajinnya. Nurul, mcm mana blh stay komited ? Aku nak update kat instastory, aku mcm ... alah kang orang menyampah pulak. So lets blogged !
Aku pun mcm korang jugak weh, dulu ckp hari ni nak diet,esok aku makan nasi lemak. Lepas tu pujuk hati, takpelah esok lah kita diet. Konon konon aku diet dah betul lah tu hek eleh, padahal. Salah semuanya ! Aku cerita dari pengalaman aku tau, jadi its may vary .
Macam mana aku start ? Aku buat je. Aku fokus create habit for first 21 days. Maksudnya macam mana, kalau tengah jaga makan, make it for 21 days. Jaga every day, jangan cheat, jangan culas. Jangan terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya.
Bila aku kata aku buat je , maksud aku, aku tak meletakkan berapa target lost ke apa ke, masa tu aku fikir, at least aku jejak kaki kat gym , at least aku berpeluh, at least heart beat aku laju, at least at least. Malas macam mana pun, balik lambat macam mana pun, aku akan pergi gym. Thats y kalau yg tgk instastory aku, balik kerja 6.30ptg, 8 mlm dah kat gym k. Itu lah namanya bila kau dah biasa dgn habit kau, kau tak ada masalah pergi gym.
Jadi itulah konsep aku masa start dulu, nak tunggu kahwin, nak tunggu ada pakwe baru nak start, masaklah mak. Lepas tu masa tu trigger aku adalah baju convo. Aku start bulan Julai 2018, sbb masa tu dah invitation letter untuk convo. And aku dah cari baju weh masa tu, mmg kenan dah baju tu. Sekali masa fit in, ya allah macam cempedak. Tapi aku beli je baju tu ! Lantaklah . So lepas je beli baju tu, esoknya terus gi gym.
Inilah baju tersebut. However, selepas turun 20kg, baju ni masih tak prettily fit in. Bahagian upper body masih agak ketat. Bawah je dah cantik. Haihh , kena berusahaa lebih keras weh. Jadi bila baju ni tak muat masa tu, sisthur terpaksa lah pakai baju lain, yang tak ketat seperti rajah di bawah. Masa ni berat dah turun dalam 4-5 kg kot, lupa lah. Tapi dah startlah.
Kadang kadang kau tak perlukan orang lain pun nak start, diri sendiri je. Bila aku dah berjaya loose weight ni , baru aku tau key konsep dia, konsisten , konsisten dan konsisten je. Tapi dengan cara yang betul lah, jaga makan, workout with consistency :)
Jadi kesimpulannya macam mana aku start diet dan workout adalah , aku create 21 days habit. Bila kau skip, kau akan rasa bersalah , sbb tu mcm rutin kau, macam kau tak mandi satu hari, tak selesa kan ? Aku pernah mcm tu. Aku tak senang duduk weh, kalau rest day aku. Aku akan asyik teringat gym & zumba je. Rasa mcm incomplete wah gitchew . Korang jangan fikir dulu , pasal nak kurus ke , nanti cantik ke, nanti dulu tu semua.
FOKUS UNTUK KEKAL ISTIQAMAH DAN STAY IN CORRECT PATH.
More reading pasal 21 days habit
- https://www.johnrampton.com/21-days-form-new-habit/
- https://jamesclear.com/new-habit
- https://www.briantracy.com/blog/personal-success/seven-steps-to-developing-a-new-habit/
Eeee : macam mana nak kurus, tips kurus, diet, consisten, konsisten, nak kurus ,